Saturday, October 31, 2009
Aidil Fitri 2009
Cahaya Malam Aidilfitri
Friday, September 11, 2009
Kad Hari Raya yang pertama dari Malaysia.
Disebabkan di sini tiada jual kad ucapan hari raya.....terimalah ucapan kami di Salam Perantauan.
Malaysian Family Restaurant - Abang Sam
Bagi memenuhi citarasa di bulan ramadhan, kami ambil kesempatan berbuka di situ. Barulah terasa seperti di Malaysia bila dengar lagu-lagu melayu berkumandang di restoren tersebut. Bila waktu ambik order....kami semua jadi keliru, macam nak makan semuanya. Mungkin itu perasaan ketika lapar dan kami mengekalkan adat melayu....bermula dengan pengat pisang dan berakhir dengan teh tarik dan rojak mamak sebagai penutup. Alhamdulillah.....lain kali kami datang lagi jenguk Abang Sam. Tunggu.......
Wednesday, September 2, 2009
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
Bazar Ramadhan, kesibukan jalan TAR, bau asap ayam percik, keenakan air tebu dan kemeriahan berbuka bersama kaum keluarga bermain satu persatu dalam ingatan..... yang nyata kami RINDU !!!!!!

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)
Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah
Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik
Jauh berjalan luas pemandangan......
Happy Birthday Haqim
Kelakar, suka buli adik-adik, sensitif dan tegas namun dalam ketegasan itu, Haqim punya kelembutan hati yang luar biasa. As a mum.....mama doakan Haqim bakal membesar sebagai seorang anak yang baik, seorang abang yang menyayangi adik-adik, seorang muslim yang beriman dan seorang pelajar yang pintar. All the best to you Haqim and happy birthday
Thursday, July 23, 2009
Snowy Mountain....Bercanda di Gigian Salji
Winter datang lagi……dan sempena cuti sekolah, kami ambil kesempatan untuk bermain salji di Snowy Mountain. Jarak perjalanan 300km dari Wollongong mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk pemandu berhemah seperti Azizul. Dan trip selama 3 days ini turut disertai dengan dua family lain iaitu family Ariff &Yati dan Aswan & Suzi.
18 July 2008 - Memulakan perjalanan lebih kurang jam 7 pagi dari Graduate House, kami melintasi Canberra, Cooma dan menginap di Jindabyne. Perjalanan yang agak jauh ini tidak membosankan kerana terlalu asyik melayan pemandangan yang begitu cantik. Dan pemandu juga tidak mengantuk sepertimana drive di Malaysia sebab cuaca yang sejuk dan nyaman. Seharian ini kami bersantai di beberapa tempat untuk makan dan merakamkan gambar. Dan apabila tiba di lokasi kediaman iaitu di Jindabyne (kalau di Malaysia kita ada Janda Baik), kami sibuk dengan urusan sewa baju dan peralatan untuk bermain snow.
19 July 2008 - Semua bersemangat dengan pakaian tebal masing-masing untuk melangkah ke Perisher Valley. Dan alhamdulillah ....sebaik sampai ke puncak, salji sedang turun dengan banyaknya. Apa lagi....ada yang nganga mulut untuk menikmati salji yang selalunya hanya dapat nonton di TV tapi kali ini menjadi realiti.......
Inilah ahli rombongan yang terdiri dari 3 family
Kereta putih yang always jadi 'kepala' sepanjang trip
Antara transport unik yang ditemui....
Suasana winter.....pokok-pokok kekeringan
Rumah ala Aussie yang kami sewa di Jindabyne.....
Urusan sewa kasut, baju dan peralatan bermain snow
Salji sedang memutih turun dari kayangan
He' he'.......biar pape asal berghayeTuesday, June 30, 2009
Bakat dan Muzik
Ahli Muzik???? Pantang datuk nenek ku bermenantukan ahli muzik. Ini antara dialog dalam cerita P.Ramlee tapi yang nak diceritakan di sini ialah…..bakat, minat dan kecenderungan anak-anak kami dalam muzik. Semuanya tanpa disedari, rupa-rupanya darah seni itu mengalir dalam diri anak-anak.
Ya….ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi atau kalau ikut perumpamaan di Australia ni ke mana tumpahnya sos pasta kalau tidak ke spaghetti???? Yang pasti muzik dan Azizul sering dikaitkan dari sekolah rendah, menengah hingga le ke universiti. Dan mungkin juga kerana bakat ini suatu masa dulu ......panahan cinta mula membara apatah lagi mendengar suaranya mengalunkan lagu 'AZURA' diiringi petikan Guitar Acoustic... peeeewit !!!!!!
Dan baru-baru ini...... bagi melepaskan bebanan perasaan masing-masing especially bebanan orang PhD, sesi jamming telah diadakan di sebuah studio di Sydney. Sesi jamming anak beranak ini tidak menghampakan.....bakat yang terpendam dan terendam dapat dicungkil oleh Komposer Azizul. Kita layari......

Haqim.....lebih cenderung dengan instrument yang memerlukan ketukan. Bekas pemain percussion S.K.Bangi.....sekarang naik taraf le sikit....drummer in Sydney
Lina.....minatnya lebih kepada instrument biola tapi bisa juga nyanyi jika terpaksa
Bakat yang ini agak luar biasa........ boleh menyanyi
Boleh juga bermain drum
Boleh kah menggantikan Pengiran Bini Mazuin (Quinary M) atau sekadar mengetuk periuk belanga ????
Kombinasi dua seni ......bass dan lead guitar
3 jam dalam studio berlalu tanpa disedari.......
Inilah sifu kepada anak-anak......... Monday, June 15, 2009
Cuti-cuti Malaysia
4 Jun 2009- tarikh keramat yang dinantikan untuk bercuti ke Malaysia tiba jua akhirnya. Berat hati meninggalkan anak-anak & suami untuk 10 hari tapi anggap je perpisahan sementara ini bagi mengeratkan lagi ikatan kami sekeluarga. Dan niat utama kepulangan ini juga adalah untuk menjenguk mak, mertua & saudara mara yang setahun ditinggalkan......
8 jam penerbangan amat memboringkan dan hati sentiasa bimbang bila cuaca agak teruk
Sajian Malaysia yang pertama dinikmati......nasi beriyani (MAS Catering)
Aktiviti-aktiviti di Malaysia
Alhamdulillah, masa yang singkat dapat dimanafaatkan sepenuhnya walau terkejar-kejar. Menjejaki Lumut, Kuala Kangsar, Shah Alam, Bangi, Semenyih, Seremban dan Lubuk China. Sempat juga 2 jam menjengah Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) shopping tudong di Butik Ariyani dan kawasan sekitarnya. Salam kemaafan untuk kaum keluarga dan juga kekawan terutama di Jabatan Ketua Pengarah, MARA yang tidak sempat dijenguk. Bukan sombong.....tetapi percutian singkat ini juga terpaksa digunakan untuk selesaikan urusan peribadi di bank, perumahan dan sebagainya.
Sentiasa bersama mak ...........walau ke mana jua
Quality time bersama anak-anak buah di kampung
Sebahagian kaum keluarga di kampung.
Hidangan nasi kerabu yang tak kan jumpa di Australia
Sempat ke majlis perkahwinan anak Pak Long Udin (saudara Azizul) di Seremban
Dihiburkan dengan kugiran dan Cak Lempong
Kerinduan nak makan nasi minyak orang kawin terubat jua.....
Bersama mak mertua
Dengan mak & mak sedara Azizul
Mak, Bapa Mertua dan Pak Teh Roslan (orang kuat KASTAM Selangor)
Salah sorang adik & kakak Azizul dengan dayang-dayang pengantin....
Penutup Cuti - 14 Jun 2009:
Percutian ini amat bermakna. Tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Pelukan mak, adik beradik, mertua & ipar duai adalah semangat baru bagi meneruskan kehidupan di Australia ini menemani Azizul menamatkan pengajian.
Terima kasih untuk mak yang always doa untuk kami di sini, terima kasih mak mertua yang bekalkan makanan kegemaran Azizul dan cucu-cucu, thanks also to Su dan Man yang jemput, hantar di Airport serta cuti 3 days menemani Wannie ke merata tempat dan sempat buat Mee kari Chinese Style, thanks to Nyah yang buat Pecal & the best kari ikan, to Kak yang buat Nasi Kerabu dengan 7 jenis ulam (awet muda), to Abang Chik & Kak Ana yang jamu Mee Bakso, to Kak Wan yang buat Laksa Penang, to Tan yang hadiahkan tudong & baju , TQ to Anim & Noh yang sudi bawak akak balik Lubuk China & Seremban dan akhirnya TQ to my friend Ani yang sanggup turun dari MRSM Batu Pahat untuk berjumpa dan membekalkan Pes Mee Bandung Muar. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik bagi meneruskan kehidupan masing-masing di muka bumi Allah ini dan InsyaAllah dipanjangkan umur kita jumpa lagi.......
Wednesday, June 10, 2009
Long Weekend, Queen's Birthday
Queen Elizabeth II
Aleeya nak race..
Ayah tak tahu la main benda nih..konda-kondi tahu la..
Cuti Cuti Ke Wollongong Library
Kali ni yang seronoknya pergi library lewat petang (dah gelap dah…) dan pulang jam 8 malam. Apa yang istimewa kali ni…..tak sangka pula antaranya dapat pinjam buku kartun Kampung Boy dan Town Boy hasil karya Datuk Lat. Sebagai anak Malaysia, bangga juga sebab hasil karya anak Melayu diterima di negara omputeh ni…dan lagi karya tersebut adalah terbitan Matt Groening (producer The Simpsons) yang juga peminat setia Datuk Lat dari dulu lagi….kepada Datuk Lat tahniah di atas usaha ini dan kurniaan terbaru yang beliau terima semasa Hari Keputeraan DYMM Agong pada minggu lepas….kepada anak-anak, jadikan lah ini salah satu contoh untuk anak Melayu berjaya di masa hadapan…

Wollongong City Library

Aleeya memegang Town Boy & Kampung Boy

Penulis blog pulang ke Malaysia

Wednesday, May 27, 2009
Jurnal Kembara di Australia
Pagi Ahad..... sesudah subuh terus masak nasi lemak untuk breakfast. Thanks to Azreen, Su and Lina (jiran Graduate House) yang hulur kuih bakar, bingka, kuew teow goreng & puff untuk tambahan sarapan kami. Malangnya nasi lemak made by myself tak sempat nak hulur kat jiran sebab Haliza & krew makan bertambah-tambah. Mungkin dah lama tak makan nasi lemak kut sebab dah 23 days mengikuti tour di Australia. Bak kata Haliza..." Sambal nasi lemak akak lebih sedap dari nasi lemak Kg.Baru"....isshh! tangan aku dah tersilap masak atau lidah Haliza yang silap rasa ???? Whatever.... mungkin aku boleh niaga nasi lemak kut suatu hari nanti dan buka francais di Australi.... insyaAllah mana tau angan-angan jadi kenyataan. So kita layari dulu cerita di bawah sebelum nasi lemak anganku musnah....
Kusyuk sungguh brother krew ni makan....aku berdiri kat sebelah pun tak sedar
Kak Zura....Liz dah lupa diet ni. Taram je le Liz oiiiii....
Sempat pulak tu main scooter....
Sebab dah berat after bertambah2 nasi lemak, tayar scooter pun pancit
Sambung pulak main skipping dengan Aleeya.....
Moga-moga kalori nasi lemak terbakar after melompat....
Yang ini...sesi interview di tepi beach bersama students UoWGraduate House Dinner
Kad jemputan untuk penduduk
Antara makanan yang disediakan
Peluang dan ruang untuk beramah mesra walau berlainan agama, adat dan budaya
Anak-anak happy dengan 'Kid's Meal'
Bersama orang besar Graduate House (manager - Mary Spark)....memang sesuai jawatan tu dengan saiz badannya yang besoFriday, May 22, 2009
Keropok Lekor dan Murtabak
Ada ketikanya kerinduan pada pasar malam di Malaysia bagai tidak terbendung. Segalanya terbayang……keropok lekor, murtabak, yong tou foo, char kway teow , air soya dan macam-macam. Barulah terasa betapa mudahnya untuk mendapatkan makanan di Malaysia dengan pasar malam merata kawasan dan kedai makan yang tumbuh bagai cendawan. Bila dah teringin punya pasal, mulalah teroka blog resepi, mencari idea agar selera dapat dipenuhi. Walaupun rasa tidak seperti yang asli, boleh tahan le untuk santapan kami di sini.......
Tak sempat angkat dari kuali, anak-anak dok menadah pinggan lagiResepi Keropok Lekor :
4 cawan isi ikan selayang (saya guna ikan tuna segar + Yellow tail)
3 cawan tepung sagu
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan Air Sejuk
Cara :
Isi ikan yang telah di blend di uli bersama bahan-bahan lain hingga agak lembut. Bagi yang ada mesin pengadun lagi mudah, saya guna mesin pengadun mee untuk menguli.
Bila adunan dah nampak ok, bentukkan seperti keropok lekor dan rebus. Bila dah sejuk boleh potong dan goreng.
Dalam cuaca yang tengah dingin di sini, sepiring murtabak dan secawan kopi bisa menghangatkan segalanya.....
Bowral & Robertson, NSW
Sebuah lagi pekan kecil yang sempat kami kunjungi baru-baru ini iaitu Bowral.....cuba sebut betul-betul....BOWRAL, bukan BOROI ya. Pekan ini lebih besar dari Mittagong dan menurut sejarahnya pula pada penghujung tahun 1850-an, John Oxley telah membeli 5000 ekar tanah dari Kerajaan Brisbane. Setelah kematiannya, tanah ini diwarisi oleh anak lelakinya dan mula dibangunkan 'private village'. Ketika laluan keretapi dari Sydney ke Bowral sedang dibina, pekan ini juga memainkan peranan penting bagi menyediakan penempatan dan kemudahan kepada pekerja-pekerja yang terlibat dengan pembinaan rail tersebut.
Nama asal pekan ini ialah Wingecarribee yang diberikan oleh keluarga Oxley, kemudian bertukar kepada Burradoo dan akhirnya dinamakan BOWRAL yang bermaksud 'large' atau 'high'. Dengan jumlah penduduknya lebih kurang 6,971, 42% dari jumlah tersebut menjalankan perniagaan sendiri seperti perladangan, perternakan dan seumpamanya. Menurut cerita lagi......pemain kriket terkenal Australia suatu masa dulu iaitu Sir Donald Bradman berasal dari Bowral dan sememangnya ada sebuah muzium yang didirikan khas untuk beliau. Kami tidak sempat mengunjungi muzium tersebut dan hanya berkesempatan masuk ke beberapa buah kedai barangan antik dan Bowral Sunday Market. Mungkin disebabkan kami bukan peminat setia barangan antik, kunjungan ini sekadar lawatan dan agak membosankan bagi anak-anak ......
Pemandangan di Sunday Market, BowralThursday, May 21, 2009
Mittagong, New South Wales
Mittagong mempunyai landscape yang cantik dan merupakan kawasan berbukit. Sekitar bulan September dan Oktober merupakan Pesta Tulip bagi kawasan ini. Dan sekarang sedang Autumn... pokok-pokoknya terlalu cantik di sepanjang perjalanan ke pekan ini, berwarna warni. Dua bulan lepas, pokok masih hijau, bulan lepas kuning, coklat, merah dan bulan ini daun mula berguguran dan akan tinggal ranting....inilah antara pengalaman di luar negara dalam menikmati perubahan cuaca spring, summer, autumn and winter. Teman dulu belajo local 'U' je dari sekolah rendah sampai le ke Master, idak le merasa tengok semua ni, apapun good experience.....so to anak buah ku sekelian, belajo pandai-pandai sampai luar negara especially Yana yang akan buat Medic di Ireland dan yang sedang belajo kat luar negara tu....jangan lupa adat dan budaya.
Pemandangan menuju ke Mittagong
Wednesday, May 20, 2009
Sydney Wildlife World
Walau bagaimanapun, hidupan yang terdapat di sini bukan seperti di Taronga Zoo dan hanya mempamerkan kehidupan seperti rama-rama, Invertebrates, Reptiles, Wallaby Cliffs, Koala Sanctuary, Rainforest, Semi-Arid Grasslands, Flight Canyon dan sebab itu ianya sesuai dijadikan zoo dalam bangunan. Bayangkan kalau di bawa masuk Gajah ke dalam bangunan tersebut........mesti GEGAR!!!!!!!
Entrance.....
Berpeluang masuk ke kandang Koala
Cute.....
Begini le caranya ular tidur.......
Dan ini pula cara Koala Tidur....
Ini bukan cara Kangroo tidur tapi Kangroo sedang mengurat...
Silap mengurat.....tengok-tengok isteri orang
Bila tengok pemandangan seperti ini macam tak percaya berada dalam bangunan
Sepohon kayu bertopengkan manusia
Taman Rama-ramaDialog Teruna Dara vs Suami Isteri
Dahulu.....
Azura : Bang....kalau zura jadi pokok kayu ni ........
Azizul : Abang akan jadi ularnya agar dapat melilit pokok tu selalu
Sekarang
Azizul : Kalau le abang jadi pohon kayu ni....
Azura : Biar Zura pulak jadi ularnya, kut, kut ada ular lain nak lilit boleh Zura patuk....he'he
Sydney Aquarium
Wednesday, April 29, 2009
Santai Cuti Sekolah
Cuti sekolah penggal pertama telah berlalu pada 9 April 2009 hingga 28 April 2009. Perancangan asal untuk ke Gold Coast terpaksa ditangguh atas beberapa perkara yang tak dapat dielakkan. So sorry pada anak-anak tapi no worries ada rezeki kita tetap sampai ke Gold Coast. Aktiviti outing semasa cuti sekolah hanya berlegar di beberapa tempat menarik di Sydney seperti Sydney Aquarium, Sydney Wildlife World dan kawasan sekitarnya.....
Wednesday, April 15, 2009
Selamat Pengantin Baru
Persandingan di pihak perempuan.....Cheras, Kuala LumpurThursday, April 9, 2009
Happy Birthday Haziq
Terasa cepat masa berlalu......kematangan Haziq menandakan kami akan terima menantu 10 tahun lagi. He'he....mungkin tidak secepat itu. Sebagai anak sulong sememangnya Haziq boleh diharap, boleh memasak simple resepi, boleh sidai & angkat kain di jemuran, boleh jadi cikgu & ustaz pada adik-adik. As a parents....we all berdoa Haziq sentiasa diberkati dalam kehidupan. Tak kisah Haziq bercita-cita nak jadi ahli muzik, doktor, lawyer atau engineer asalkan pekerjaan yang halal & buat secara profesional.
Senyuman bangga bapak & anak bapak.......
Mama always doa yang terbaik buat Haziq......
Ini Ipod Nano idamannya......harga tidak sepadan dengan saiznyaMonday, March 23, 2009
Happy Birthday to Me on 22nd Mac
MasyaAllah! betul ke usia ku telah mencecah angka ini? Apa ada pada nombor kan, yang penting hati sentiasa berbunga ceria. Dan alhamdulillah, seribu kesyukuran ku panjatkan kepada Allah s.w.t kerana masih memberi ruang untuk aku lalui kehidupan di muka bumi ini dengan kesihatan yang baik dan penuh ketenangan.
Bila Azizul tanya apa yang aku inginkan on my birthday, tiada tergambar sebarang material, bukan juga wang ringgit TAPI aku cuma mahu kasih sayang dia dan anak-anak sentiasa bersama ku walau keadaan apa jua pun.......
Thanks abang, walaupun takde kek tapi happy sangat dapat nikmati favourite food di Thai Restaurant and thanks also to Haziq, Haqim, Lina & Leeya for the 'surprise party' and also hadiah perfume dari u all. Dan terima kasih keluarga di Malaysia yang tidak putus-putus hantar ucapan dan doa melalui sms.
Kad dari orang-orang tersayang.........
Pulang dari kerja anak-anak dah ready untuk celebrate my birthday
Love is what I give to you on your birthday......
Hadiah dari anak-anak, hadiah dari bapaknya dalam proses order, apa tu???
Yang pasti sesedap mana pun mesti ada 'halal'
Tomyam sea food + mushroom
Kalau di Malaysia umpama Kue tiaw lakna @ CantoneseSunday, March 22, 2009
Happy Birthday to Aleeya Helwany
Well..... tanpa sedar anak kecil ini telah mencecah 6 tahun. Kelahirannya pada tarikh yang amat cantik 13.3.2003. Alhamdulillah, sejak lahir dia makin menyerikan kehidupan kami sekeluarga. Kalau di Malaysia dia masih di tadika dalam usia begini tapi di sini telah berada di year 1. Sudah mula membaca, petah berbicara, sudah pandai basuh pinggan, vakum rumah dan yang penting walau dia masih kecil tapi sudah boleh dibawa berbincang dalam banyak perkara dan sudah boleh memberikan pendapat yang kekadang kami pun tidak pernah terfikir. Dulu...... cita-citanya nak jadi artis, kemudian tukar pulak make-up artis, kemudian photographer dan baru-baru ini dah nak jadi pensyarah. Apapun .... Selamat ulangtahun buat Aleeya, semoga Aleeya menjadi insan yang mulia, berjaya dalam pelajaran dan berjaya dalam kehidupan.
Kek 'mama made' yang tak berapa menjadi, yang penting ada gambar barbie kegemarannyaMonday, March 2, 2009
Apple Picking
Berlatarbelakang ladang epal yang luas...................
Ini bunga pokok epal......sebelum mengeluarkan buah
Haziq memetik buah Pear yang agak tinggi.........
Ini pulak buah plum......
Sunday, February 8, 2009
Menu Di Hujung Minggu
Breakfast....
After kekenyangan breakfast satay, as usual we all keluar membeli belah barang dapur di hari Ahad. Dah hilang kempunan anak-anak nak makan satay, datang pulak kempunan si ayah nak makan Ketam Lemak Cili Api. So layan je lah asalkan takde yang meleleh air liur.......dan berlalu lah hari Ahad dengan aktiviti membakar, menyiang, memasak, mengemas, menjemur, melipat dan malamnya terus melepak kepenatan.....
Ulangtahun Anak Mbak Dian
Pokoknya....ngak kisah apa jua bahasa kerana Malaysia dan Indonesia umpama saudara. Cumanya aku sedikit sedih sekarang.....negeri ku Perak tercinta, gawat sekali politiknya. Ngapaein ya.....begitu teruk sekali, kerana wang manusia boleh gadai maruah diri. Apapun sebabnya aku pasti mesti ada 'dalang' di sebalik apa yang terjadi, makanya aku hanya mampu berdoa agar Allah s.w.t tunjukkan kebenaran untuk hambanya yang teraniaya, berikan keamanan untuk rakyat Perak tercinta, jauhkan segala sengketa kerana teman tak gemo oghang Perak ni bergaduh-gaduh, jangan berkejo-kejo kerana harta kerana kekayaan untuk dunia je, sabo le Yop....eh' dah tuko cakap Perak le plak.....
Suasana meriah di rumah Mbak Dian
Bermulanya Sesi Persekolahan 2009 .......
Anak-anak makin yakin melangkah ke sekolah bagi sesi ini. Haziq masih di Warrawong High School, Year 8 dan tamat English Course pada April nanti, Haqim dah berada di Year 7 di Wollongong High School of the Performing Arts manakala Lina masih di Gwynneville Public School naik ke Year 4 dan Leeya Kinder for 6 years old. Terasa masa berlalu begitu pantas dan tanpa sedar telah 8 bulan anak-anak menyambung persekolahan di sini dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun $$$$$ mengalir bagai air terjun.....
Senyuman bangga si Haqim dengan uniform High School walau saiz badan tak berapa high lagi
Lina......makin banyak bercakap berbanding tahun lepas
Sunday, February 1, 2009
Minggu Terakhir Cuti Sekolah......
Bila buka sekolah, aktiviti 'berjalan-jalan' akan menjadi a little bit slow. Anak-anak akan bertumpu dengan persekolahan masing-masing, Azizul akan bekerja keras untuk study nya yang masuk tahun ke-2 and me.......akan memulakan semula aktiviti masak di awal pagi tapi tahun ni mungkin lebih sikit cabarannya kerana bukan bertitle surirumah sepenuh masa lagi. So to all kekawan di Malaysia especially group yang sering bermesra melalui 'emel' setiap pagi...... very-very sorry if tak dapat mencelah seperti biasa tapi u all semua tetap terpahat segar dalam ingatan.......
DFO......tempat shopping yang sesuai utk wanita
Australia Day is the national day of Australia dan jatuh pada 26 January
- Aleeya : Mama......kicap ni kena boikot tak?
- Mama : Tak, kalau kena boikot meleleh le air liur kita nanti....
Bershopping barang-barang dapur di Lakemba adalah merupakan aktiviti utama sekurang-kurangnya sebulan sekali. Bukan setakat untuk mencari rempah ratus dan bahan-bahan masakan Asean tapi yang penting untuk beli kicap cap kipas udang. Maybe ianya barang yang tidak dihairankan semasa di Malaysia tetapi di sini ianya amat berharga ...jika bekalannya terputus mesti orang Melayu di Sydney dan sekitarnya akan kelam kabut so nak selamat setiap rumah akan simpan stok 2-3 botol. Kicap-kicap lain dari Indonesia & Thailand memang tidak boleh terima dek tekak. Hanya kicap Kipas udang yang membuka selera sama ada untuk di cicah dengan ikan bakar atau buat daging masak kicap atau mee mamak atau mee hailam atau paling emergency makan dengan telur mata kerbau yang cair telur kuningnya bersama nasi panas2 .....eemmmmm sedapnya.
Hanya 2 kedai di Sydney yang boleh dapat bekalan kicap ni.....
Produk Malaysia juga.....burger mini
Bila sampai Lakemba, kami always berbalah untuk makan di restoren yang berbeza kerana ada antara kami yang memang bercitarasa Melayu
Bila perut lapar......fries pun jadik sodap
Akhirnya.......minggu ni kemenangan berpihak kepada Haziq & Haqim yang sememangnya bercitarasa 'barat' sejak di Malaysia lagi



































































































































